Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menantiBila dah bertemu arah yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlahSegala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagiaJangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia
”Perasaan ingin berzina yang didorong nafsu dan syahwat itu hanyalah sementara. Kalau berkahwin hanya semata-mata untuk mengelakkan daripada berlaku zina, maka asas perkahwinan itu dibina atas dasar yang rapuh dan sementara. Nikah itu mestilah dibina atas dasar iman kepada ALLAH kerana ALLAH itu kekal selamanya.”
Kata Dr. Hisham Al-Awadi, “We get married to increase our iman”
:’)
The world is like a race
It does not totally depends on how you started it.
It matters the most on how you FINISHED it.
“It is never too late to change and we never know when will this ‘race’ ends”
Salam Ma’al Hijrah!
Let’s hijrah together to become a better servant to ALLAH! ^^
Ya ALLAH, terimalah segala amalan kami sepanjang Ramadhan ini dan kurniakanlah kami ketaqwaan dan keimanan bagi menempuh setahun yang akan datang nanti!
Mari Contohi Rasulullah~
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”
( Surah Al-Ahzab ayat 21 )
Sucikanlah dirimu….
Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!
Hanya dengan kesucian ruh jua amanah dan risalah ini dapat engkau jalankan
Risalah dan amanah ini adalah suci
Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda
Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban yang berat ini.
Sucikanlah dirimu, lahir dan bathin, baru engkau ajak manusia menempuh jalan kesucian
Thahirum Muthahir, suci dan mensucikan, itulah peribadi mukmin yang sejati
Tangan yang berlumuran darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia
Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti kepada dunia dan manusia
Iklan untuk T-shirt yang bakal dijual sempena Khemah Ibadah 2010
Cikguku Sayang!
Memancar sang suria
menyinar cahayanya
begitulah berseri
wajah cikgu ku sayang
Aku sayang cikgu
cikguku sayang cikgu
sayang sayang cikgu
Cikguku sayang
Walaupun cikgu letih
mengajar kami ini
namun masih tersenyum
menyejukkan hati
Aku sayang cikgu
cikguku sayang cikgu
sayang sayang cikgu
Cikguku sayang
Bila datang sekolah
cikgu sambut kami
belajar sama cikgu
alhamdulillah
Aku sayang cikguku
cikguku sayang cikgu
sayang sayang cikgu
Cikguku sayang
Cikguku sayang kaulah wira kami
berkorban selalu untuk kami
Cikguku sayang kau guru mithali
semoga ALLAH kan berkati
Aku sayang cikgu
cikguku sayang cikgu
sayang sayang cikgu
Cikguku sayang
Memancar sang suria
menyinar cahaya nya
begitulah berseri
wajah cikguku sayang
Aku sayang cikgu
cikguku sayang cikgu
sayang sayang cikgu
Cikguku sayang
—————————————————————————————————————————————
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan buat semua guruku…
Tanpa tunjuk ajar kalian, siapalah aku ini..
p/s: Guru-guruku adalah mereka yang telah mengajarkanku ilmu demi melihat kejayaanku di dunia dan di akhirat.
(Rasulullah, umi abah, guru-guru di tadika, sekolah rendah serta sekolah menengah, para pensyarah, sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan dan manusia sekalian) <—— inilah guru-guruku..
[ Ilmu itu cahaya ]
Sahabat Terindah…
Ku tujukan artikel ini buat diri ini dan teman-temanku.. Moga kita kan beroleh manfaat daripada artikel ini..
————————————————————————————————————————————-
Hidup manusia memerlukan sahabat.
Pada saya, saya pun memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang antara faktor kenapa diri mampu untuik terus tabah.
Senyuman mereka, tawa mereka, kadangkala menjadi antara inspirasi saya. Kadangkala, kata-kata mereka yang pendek pun dianggap bermakna untuk saya.
Pada saya, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah rupa mahupun apa sahaja perkara materialisma dunia. Tetapi pada saya, yang digelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.
Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.
Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah.
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara…” Surah Al-Hujurat ayat 10.
Melihat ayat ini, keimanan itu adalah punca utama persaudaraan. Bagi manusia yang memahami ayat ini, maka dia akan mencintai sahabatnya, seperti mana dia mencintai dirinya. Hal ukhuwwah berkait rapat dengan keimanan ini, ditegaskan pula oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
“Tidak beriman seseorang kamu, selagi mana dia tidak mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya”
Sekali lagi, keimanan itu dikaitkan dengan ukhuwwah, kasih sayang antara sahabat.
Hanya manusia yang bersih keimanannya sahaja, akan mampu menjaga sahabatnya seperti mana dia menjaga dirinya. Hal ini kerana, persahabatan itu akan ada dugaannya, akan ada cabarannya. Sampai satu masa, kita akan perlu melakukan pengorbanan.
Pengorbanan, tidak akan mampu dilakukan, melainkan apabila kita benar-benar beriman dengan apa yang Allah SWT janjikan, dan apa yang Rasulullah SAW ajarkan.
Sahabat yang berjaya menghayati keimanan inilah sahabat yang terindah.
Saya, tidak dapat mengukur keimanan orang lain. Tetapi saya dapat merasakan kehangatan sahabat saya. Saya dapat merasakan, saya ada beberapa orang dalam hidup ini, mereka adalah sahabat terindah saya.
Kalau hendak disebut, mungkin terlalu ramai.
Tapi, apa yang hendak saya katakan di sini, hendak menyedari bahawa sahabat itu adalah sahabat terindah, bukan mudah.
Pelbagai halangan, cabaran perlu dihadapi.
Kadangkala berulang kali berselisih faham, kadangkala beberapa kali bermasam muka. Namun, kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula. Kerna jika iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan memaafkan.
Ada orang menyangka, selisih faham, masam muka adalah keburukan. Itu tanda ukhuwwah tidak kuat.
Ya. Dari satu segi. Memang itu semua keburukan. Tetapi, sedar atau tidak, itu adalah satu tapisan, ujian daripada Allah SWT. Ujian untuk menguji sejauh mana kebenaran ukhuwwah yang dibina di atas dasar iman itu. Apabila kita berjaya melepasi segala dugaan dan cabaran itu, barulah kita akan menyedari, betapa indahnya apabila iman itu menjadi perlembagaan persahabatan kita, barulah kita akan nampak bahawa, sahabat kita itu adalah sahabat yang terindah.
Sebab itu, apabila kita melalui ujian-ujian ukhuwwah, kita perlu muhasabah diri kita terlebih dahulu. Jangan lihat pada sahabat kita. Lihat apa kurang dengan diri kita, apa silap yang kita dah lakukan, apa keburukan yang telah kita buat pada sahabat kita. Kalau benar iman menjadi perlembagaan ukhuwwah, maka kita akan berlapang dada, senang memaafkan. Kita akan berani, tabah meminta maaf tanpa rasa segan.
Namun, siapa yang melihat dirinya terlebih dahulu sebelum dia menilai sahabatnya?
Sebab itu, saya teringat akan kata-kata pensyarah saya ketika dia menyampaikan khutbah:
“Apabila kebaikan kita tidak dibalas oleh sahabat kita, maka janganlah kita mencacinya. Hal ini kerana, kebaikan kita kepadanya, adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT. Manakala kebaikannya kepada kita, adalah urusan dia dengan Allah SWT. Kita melaksanakan tanggungjawab kita”
Siapa yang nampak, kebaikannya kepada sahabatnya, adalah tanggungjawab dia kepada Allah SWT?
Hanya orang beriman sahaja yang boleh melihat perkara ini.
Sabda Rasulullah SAW, yang mafhumnya: “Kamu tidak akan masuk syurga selagi mana kamu tidak beriman, kamu tidak akan beriman selagi mana kamu tidak berkasih sayang…”
Siapa pula yang berusaha menjadikan dirinya sebagai sahabat terindah kepada sahabatnya?
Saya melihat diri, terfikir-fikir akan diri saya.
[dipetik daripada Blog Langitilahi.com (http://ms.langitilahi.com/pengalaman-sahabat-terindah/) ]


